Friday 2 December 2011

C1# Akhir Sebuah Cinta (Part 1)

Assalamualaikum


Sepi menghiasi suasana. Alam seakan memahami. Lelaki itu masih lagi berteleku di situ, di depan kuburan yang masih merah tanahnya. Setitik demi setitik air mata menjamah pipi lelaki itu bagaikan tidak dapat dihentikan. Ego sudah tiada lagi, yang wujud kini hanya penyesalan. Tangan lelaki itu menggenggam tanah merah sekuat hati. Melepaskan sebak yang membungkam dada. Sungguh dia terkilan. Tapi di saat ini, apa ertinya sebuah penyesalan? Tiada.

“Mira”,sayu kedengaran suara itu.

“Mira, baliklah. Faiz minta maaf. Kalau Mira takde, sape lagi yang nak sayang Faiz? Mira….”, rintih lelaki itu lagi.

Lelaki itu, Faiz namanya, memejam mata. Mengimbau kembali semua kenangan yang tersisa.


(bersambung)



::bicara suha::

2 comments:

M Fizan said...

lumrah manusia menghargai selepas kehilangan.. akak dah mula cerpen pulak kan.. hehe.. sambung2.. nampak kat bloglist, terus saya terjah..:D

Bidadari Syurga said...

e-novel? baru startkan? ok akak harap tak terlepas...