Assalamualaikum
Aku mendongak
Memandang langit
Aku nampak kamu di atas
Mengapa berada terlalu tinggi?
Aku menunduk
Aku pandang rumput di kaki
Aku menguis rumput yang aku pijak
Mengapa aku berada di bawah?
Aku mula mengira jarak
Kau di atas, aku di bawah
Kita berada pada jarak yang berbeza
Mengapa harus kita ditakdirkan bertemu?
Aku mahu menyerah kalah
Kerana beza antara kita ketara
Tapi kau berkata jodoh itu hak tuhan
Mengapa kau mahu aku pertahankan?
Aku akur memandang rumput
Tidak mahu mendongak ke atas lagi
Cukuplah sekadar hanya kau yang menunduk
Mengapa kau begitu yakin yang kita akan bersatu?
::bicara suha::