Thursday, 29 December 2011

17# Kamu

Assalamualaikum



Aku mahu menulis,
Menulis tentangmu,
Menukil tentang erti dirimu padaku,
Tapi entah mengapa,
Sudah lama aku termenung,
Tetaplah tiada perkataan yang menyinggah,
Sudahnya aku tertunduk.

Aku mahu menulis,
Menulis tentangmu,
Menukil tentang cintamu padaku,
Tapi entah mengapa,
Aku jadi malu sendiri,
Bimbang hanya diri yang melebih,
Sudahnya aku diam sahaja.

Aku mahu menulis,
Menulis tentangmu,
Menukil tentang rinduku padamu,
Tapi entah mengapa,
Seakan ada yang menghalang,
Jadi kupendam segala rasa rindu ini,
Sudahnya aku termenung lagi.





::bicara suha::

2 comments:

M Fizan said...

berbunga-bunga.... hehe.. akak buat lar lagu pulak ^_^

Nong Andy said...

tulis aja... tak kisah! kalau rindu.. kalau cinta.. tulis kan saja! haha :)