Assalamualaikum
Dulu rasa sunyi ini aku nafikan. Dulu rasa sepi ini aku nafikan. Dulu rasa gelisah ini aku nafikan. Dulu rasa resah ini aku nafikan. Dulu rasa takut ini aku nafikan.
Ye, aku nafikan.
Tapi itu dulu.
Sekarang bukan dulu.
Sekarang aku sunyi. Sekarang aku sepi. Sekarang aku gelisah. Sekarang aku resah. Sekarang aku takut.
Takut untuk menerima hakikat kau sudah meninggalkan aku buat selamanya.
Aku akui aku sunyi, sepi, gelisah, resah bila kau tak dapat dihubungi. Sudah sebulan lamanya. Di mana kau?
Di mana kau, kawan yang suka mencari gaduh?
Di mana kau, kawan yang sentiasa mahu menyakat?
Di mana kau, kawan yang sering mengundang amarah?
Kawan,
Aku rindu!
::bicara suha::
1 comment:
kita selalu menghargai selepas kehilangan kan..sob2..
Post a Comment