Thursday, 29 December 2011

17# Kamu

Assalamualaikum



Aku mahu menulis,
Menulis tentangmu,
Menukil tentang erti dirimu padaku,
Tapi entah mengapa,
Sudah lama aku termenung,
Tetaplah tiada perkataan yang menyinggah,
Sudahnya aku tertunduk.

Aku mahu menulis,
Menulis tentangmu,
Menukil tentang cintamu padaku,
Tapi entah mengapa,
Aku jadi malu sendiri,
Bimbang hanya diri yang melebih,
Sudahnya aku diam sahaja.

Aku mahu menulis,
Menulis tentangmu,
Menukil tentang rinduku padamu,
Tapi entah mengapa,
Seakan ada yang menghalang,
Jadi kupendam segala rasa rindu ini,
Sudahnya aku termenung lagi.





::bicara suha::

Wednesday, 28 December 2011

Quote #5

Assalamualaikum






::bicara suha::

Tuesday, 27 December 2011

Wishlist #1

Assalamualaikum



Pertama : Makan nasi arab di Cyberjaya



::bicara suha::

Quote #4

Assalamualaikum





::bicara suha::

16# Beza

Assalamualaikum



Aku mendongak
Memandang langit
Aku nampak kamu di atas
Mengapa berada terlalu tinggi?

Aku menunduk
Aku pandang rumput di kaki
Aku menguis rumput yang aku pijak
Mengapa aku berada di bawah?

Aku mula mengira jarak
Kau di atas, aku di bawah
Kita berada pada jarak yang berbeza
Mengapa harus kita ditakdirkan bertemu?

Aku mahu menyerah kalah
Kerana beza antara kita ketara
Tapi kau berkata jodoh itu hak tuhan
Mengapa kau mahu aku pertahankan?

Aku akur memandang rumput
Tidak mahu mendongak ke atas lagi
Cukuplah sekadar hanya kau yang menunduk
Mengapa kau begitu yakin yang kita akan bersatu?




::bicara suha::


Sunday, 25 December 2011

Diari 6

Assalamualaikum



Di ruangan sembang alam maya :

Sori sebab sms abang tadi..hehe bosan la. aku.
-hantar offline message-


Tiba-tiba dalam masa yang sama bunyi sms masuk


Di inbox sms :

Hi suha,abang kat luar,ada discussion dengan member. dia.



Dalam detik yang sama,saat yang sama,minit yang sama,jam yang sama
Adakah ini yang dinamakan hubungan kimia?
Hati bergetar, berdegup kencang
Sungguh indah rasa ini

Ya Allah, satukanlah kami di dunia, juga akhirat. amin.



::bicara suha::

Quote #3

Assalamualaikum





::bicara suha::

Diari 5

Assalamualaikum



Kalau benda ni akan jadi kenyataan 5 tahun lagi pun,suha sanggup tunggu. aku.
So sweet of you. dia.

Kalau suha nak abang senangkan hati suha, so suha pun kena la senangkan hati abang. aku.
So sweet of you. dia.



::bicara suha::

Quote #2

Assalamualaikum




::bicara suha::

Saturday, 24 December 2011

Diari 4

Assalamualaikum



Dia. Lunch tapau ke?
Aku. Suha masak tadi
Dia. Nice.

Aku. Pasni suha tak nak beli katak dah.
Dia. Kenapa?
Aku. Suha nak beli zebra.
Dia. Nice.


Dia suka aku masak. Dia suka aku panggil dia zebra.




::bicara suha::

Friday, 23 December 2011

Quote #1

Assalamualaikum





::bicara suha::

15# Kembali

Assalamualaikum


Kawan,
Terima kasih kerana kembali
Selepas dua bulan menghilang
Sesudah dua bulan aku hilang punca

Kawan,
Aku rindu pada mu
Aku rindu mahu memarahimu
Aku rindu mahu menyakiti hatimu

Kawan,
Sungguh aku sayang kamu
Sungguh aku sayang persahabatan kita
Sungguh aku mahu kau disisiku selamanya

Kawan,
Terima kasih kerana membuat ku senyum 
Terima kasih kerana menghilangkan gundah
Terima kasih kerana kau masih mahu ada disisiku

Kawan,
Kamu kawan selamanya!



::bicara suha::

Thursday, 22 December 2011

Diari 3

Assalamualaikum



Nape abang tiba-tiba nak serius dengan suha? aku.
Ntahlah suha, abang pon tak perasan bila abang perasan tu. dia.

Sebenarnya apa yang abang rasa. aku.
Sayang suha la. dia.

Abang sayang suha macamane? aku.
Alamak camne nak ukur tu? dia.
Beza tak ngan mula-mula kita jadi lover? aku.
Makin sayang la. dia.

Cinta? aku.
Yes. dia.
Ada cinta dalam hati abang untuk suha? aku.
Yes. dia.


Moga ini yang terbaik untuk kita.
Tapi jika bukan, ianya tetap manis.
Luv u till de end.



::bicara suha::

Tuesday, 20 December 2011

Diari 2

Assalamualaikum


Di ruangan sembang alam maya:

Merengek tak ketahuan kerana assignment. aku.
Menenangkan yang merengek tak ketahuan. dia.
Merajuk tak ketahuan kerana protes. aku.

"Suha taknak kawan ngan abang but dont leave me tau",aku.
"Orait buat la keje tu",dia.


Di ruangan sembang alam maya:

Menemaniku saat aku perlu
Menemaniku dalam bisu
Menemaniku tanpa berlagu


Di ruangan sembang alam maya:

"Esemen ok?",dia.
"Ok,bang",aku.
"Good..anyway abang dah ngantuk ni",dia.


Terima kasih kerana menemani saat aku perlu.
Terima kasih kerana menemani walau dalam bisu.
Terima kasih kerana menemani walaupun tanpa lagu.


Sungguh, aku rasa indah. 
Cerita kita, hanya kita yang faham. 
Senyum.




::bicara suha::



Sunday, 18 December 2011

Diari 1

Assalamualaikum



Cerita dua bulan yang lalu

Aku : Abang sayang Suha banyak tak?
Dia : Setakat ni biasa-biasa je tapi insyAllah akan bertambah.



Cerita hari ini

Aku : Abang sayang suha banyak ke sikit?
Dia : Banyak.



Moga cerita hari esok lebih indah.





::bicara suha::


Thursday, 15 December 2011

14# Saat Aku Berpaling

Assalamualaikum


Saat aku berpaling,
Kau masih merindu.

Cukuplah,
Lupakanlah!

Saat aku berpaling,
Kau masih di situ.

Sudahlah,
Lepaskanlah!

Saat aku berpaling,
Kau masih menunggu.

Tolonglah,
Lebih baik mengalah!




::bicara suha::

Sunday, 11 December 2011

13# Jauh

Assalamualaikum


Aku seru namamu
Aku seru namamu
Aku seru namamu

Tapi jiwaku kosong

Entah mengapa
Aku rasa kau makin menjauh
Kau sudah mahu pergi?
Hati ku terasa ingin bertanya

Tapi jiwaku kosong

Jadi aku menunggu disudut ini
Menyaksikan kau berlalu
Aku mengharap kau akan berpaling
Masihkah kau ingin berpaling?

Tapi jiwaku kosong

Aku seru namamu
Aku seru namamu
Aku seru namamu




::bicara suha::

Friday, 9 December 2011

C1# Akhir Sebuah Cinta (Part 2)

Assalamualaikum



Hatinya telah mati. Faiz nekad, Mira haru ditinggalkan. Rahsianya sudah terbongkar dan dia menanggung malu yang bukan sedikit. Masih terngiang di telinga suara ketawa kawan-kawan serumahnya. Amat memedihkan dan Faiz rasa begitu terhina. Ini semua salah Mira. Mira yang berkeras mahu berjumpanya di Batu Pahat. Konon mahu mencuci mata di Ayer Hitam. Sudahnya terjumpa pula kawan-kawan satu rumah. Aduh!

Terbayang olehnya seraut wajah Mira. Cantik. Cukup cantik jika mahu digandingkan dengannya. Mira penuh dengan sopan-santun, lemah-lembut, malah tidak banyak karenah. Dalamannya cukup sempurna. Penuh kewanitaan. Itu yang membuatkan hati Faiz tertawan pada Mira yang dikenali melalui seorang kawan. Namun, yang baik itu tetap ade kurangnya. Mira gemuk

Dan kegemukan Mira lah yang menjadi bahan tawa kawan-kawannya.



::bicara suha::

12# Kawan

Assalamualaikum


Dulu rasa sunyi ini aku nafikan. Dulu rasa sepi ini aku nafikan. Dulu rasa gelisah ini aku nafikan. Dulu rasa resah ini aku nafikan. Dulu rasa takut ini aku nafikan.

Ye, aku nafikan.

Tapi itu dulu.
Sekarang bukan dulu.

Sekarang aku sunyi. Sekarang aku sepi. Sekarang aku gelisah. Sekarang aku resah. Sekarang aku takut.

Takut untuk menerima hakikat kau sudah meninggalkan aku buat selamanya.

Aku akui aku sunyi, sepi, gelisah, resah bila kau tak dapat dihubungi. Sudah sebulan lamanya. Di mana kau?

Di mana kau, kawan yang suka mencari gaduh?
Di mana kau, kawan yang sentiasa mahu menyakat?
Di mana kau, kawan yang sering mengundang amarah?

Kawan,
Aku rindu!




::bicara suha::

Monday, 5 December 2011

11# Senyum

Assalamualaikum


Kamu membalas pesanan ringkasku,
Untuk itu aku senyum.

Kamu bertanyakan makan tengahariku,
Untuk itu aku senyum.

Kamu mengusik aku ketika kita chatting,
Untuk itu aku senyum.

Kamu berkata kita adalah lover,
Untuk itu aku senyum.

Kamu ada diwaktu aku susah,
Untuk itu aku senyum.

Sayang,
Aku akan sentiasa memahami dan mencintaimu,
Maka senyum lah untukku,
Kerana senyumanmu membuatkan aku tersenyum.




::bicara suha::

Sunday, 4 December 2011

10# Harapan

Assalamualaikum


Jodoh hak Allah. Dan setiap manusia itu didatangkan dengan pasangan. Ianya rahsia Allah yang sudah tertulis di Luh Mahfuz. Tapi kenapa hati masih takut? Kenapa hati masih bimbang? Kalau cinta lalu adalah jodoh yang salah, maka benarkah cinta yang baru menyinggah di hati ini? Adakah ini jodoh yang sebetulnya? Tiada siapa tahu. Aku juga buntu. Terkadang rasa takut untuk menyapa cinta yang baru saja bertamu di hati. Takut andainya kecewa bila sudah mula menyayangi. Namun,cinta itu bukan sesuatu yang dipinta hadirnya. Juga bukan sesuatu yang dapat dikawal. Sudahnya,hati terus meletakkan namanya di suatu sudut yang indah. Aku akur. Moga dia bukan jodoh yang salah. Moga dia telah tertulis di Luh Mahfuz untukku. Moga dia adalah rahsia Allah yang selama ini tidak terlihat. Inilah harapan aku. Tuhan, tolong kabulkan harapanku ini. Aku mohon.



::bicara suha::



9# Resah

Assalamualaikum


Menantimu dengan gelisah
Hidup denganmu terasa susah
Dan terkadang aku lelah
Mencintaimu buat aku resah



::bicara suha::

Friday, 2 December 2011

C1# Akhir Sebuah Cinta (Part 1)

Assalamualaikum


Sepi menghiasi suasana. Alam seakan memahami. Lelaki itu masih lagi berteleku di situ, di depan kuburan yang masih merah tanahnya. Setitik demi setitik air mata menjamah pipi lelaki itu bagaikan tidak dapat dihentikan. Ego sudah tiada lagi, yang wujud kini hanya penyesalan. Tangan lelaki itu menggenggam tanah merah sekuat hati. Melepaskan sebak yang membungkam dada. Sungguh dia terkilan. Tapi di saat ini, apa ertinya sebuah penyesalan? Tiada.

“Mira”,sayu kedengaran suara itu.

“Mira, baliklah. Faiz minta maaf. Kalau Mira takde, sape lagi yang nak sayang Faiz? Mira….”, rintih lelaki itu lagi.

Lelaki itu, Faiz namanya, memejam mata. Mengimbau kembali semua kenangan yang tersisa.


(bersambung)



::bicara suha::

Thursday, 1 December 2011

8# Lafaz

Assalamualaikum



Cinta itu kadang-kala tidak perlu dilafazkan,
Cukup sekadar ditunjukkan dengan perbuatan.



::bicara suha::