Wednesday, 30 November 2011

7# Jangan

Assalamualaikum


Tuhan,
Jangan Kau tarik cinta ini.

Tuhan,
Jangan Kau hilangkan rasa ini.

Tuhan,
Jangan Kau usir bahagia ini.

Tuhan,
Jangan Kau pudarkan senyuman ini.

Tuhan,
Aku cinta dia.



::bicara suha::

6# Jodoh

Assalamualaikum


Kalau sudah tertulis di Luh Mahfuz, jauh mana pun kau berlari, dia takkan ke mana-mana



::bicara suha::

Tuesday, 29 November 2011

5# Ketentuan

Assalamualaikum


Jika ini suatu ketentuan,
Tunjukkan aku hikmah,
Andai ini sudah suratan,
Maka aku pasrah.



::bicara suha::

4# Takut

Assalamualaikum


Bukan takut hati disakiti
Bukan gerun diri dilukai
Tapi bimbang perit melupakan



::bicara suha::

3# Sayang

Assalamualaikum


Sayang takkan kurang, apatah lagi hilang



::bicara suha::

Monday, 28 November 2011

2# Rindu

Assalamualaikum


Sejenak dia termenung
Mencerna rasa itu
Bergumpal menyulam hati
Dizahirkan dengan kegelisahan
Memberat keluhan dilepaskan
Dia mulai pasti
Inilah yang dikatakan rindu


::bicara suha::

1# Sepi

Assalamualaikum


Kala sendu merisik,
Hati mula berbisik,
Kata pula dititik,
Dan sepi pun berdetik.


::bicara suha::

Sunday, 27 November 2011

Bila Suha Memegang Pena

Assalamualaikum


Ini belog kedua saya selepas suhasimplelife.blogspot.com..idea untuk menghasilkan blog ini tercetus selepas saya memikirkan tentang minat saya pada penulisan..saya hanya ingin berkongsi tetapi bukan bermaksud apa yang saya kongsikan ini akan menghiburkan anda..saya tidak mahir menulis tapi saya mahu mencuba untuk menulis..mahu saja saya panjangkan segala penulisan ke syarikat-syarikat penerbitan tapi saya tahu itu hanya angan-angan kosong..jadi,inilah medannya saya mengeluarkan penulisan saya..bukan yang terbaik kerana saya bahru sahaja belajar untuk bertatih..namun jika ada yang membaca dan meninggalkan komen, maka terima kasih untuk itu..


::bicara suha::